iktibar EYSPIEM :)

bismillahirrahmanirrahim.. kadangkala apabila orang berkata mengenai SPM sudah pasti yang terlintas adalah mengenai duniawi semata-mata.. namun,sejujurnya SPM ini banyak mengajar saya erti kehidupan.. pengorbanan.kasih sayang jelas terpancar ketika ini.. saya amat mengagumi kegigihan para ibu bapa khususnya yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit semata-mata untuk kami.. bayangkan,ada ibu bapa yang sanggup bertolak sebelum subuh semata-mata untuk kami.. hampir menitis air mata.. kecekalan ibu bapa inilah sedikit sebanyak yang membakar semangat kami para pelajar dan sebahagian para guru.. semangat mereka sangat kental.. walaupun ada ibu bapa yang tidak dapat hadir kerana beberapa sebab,namun doa mereka buat kami x pernah lekang.. bayangkanlah,kami ditatang ibarat minyak yang sangat penuh.. usai setiap kertas,pasti ada kudapan buat kami.. masuk sahaja kami ke dewan peperiksaan, si ibu bekejar ke masjid membacakan yaasin buat kami.. alhamdulillah... ter...