jaga diri. jaga hati

Bercinta Selepas Nikah
Cinta Islamik ?
Saya ada kawan seorang kawan ni tengah bercinta, konsep ala-ala cinta islamik konon, awal pagi kalau terjaga dia akan kejut gf dia untuk solat subuh, kadang-kadang sampai tak tidur sbb dduk ber skype dngan gf dri mlm sampai pgi, sampai setiap hari saya lihat dia dah macam lelaki angau terbaring depan laptop, lepas tu ulang2 lagu cinta islamik contoh Sigma - Istikharah Cinta, lagu tu dia akan ulang tak berhenti-henti, dlm sms/fb/blog smua dia dngan gf dia duduk ber papa/mama, dia tak suka klau kami panggil gf dia awek, dia ckp tu zaujah aku , tpi diri dia sendiri tak melambangkan ada usaha untuk menjadi seorang suami, solat pun mcm part time, kejap ada, kejap hilang. Kesian sbb dia mmng tak dpt lari dari zina hati, sbb dah hari2 rindu, hari2 nak bersms papa/mama, hari2 klau boleh nak jumpa......




dalam islam tak ada pernah ada istilah "cinta islamik" .. yg ada hanya istilah "nikah" .. bercinta sblm kahwin ini akan terjerumus dalam zina hati.. tiada lagi "tarbiah hati".. hati perlu ditarbiah..ikhtilat tu perlu dijaga..bukn dr segi pergaulan saja..bahkan pandangan,pendengaran,hati..semua tu kena jaga.. nikah itu jalan keberkatan yg dilalui utk capai redha Allah kerana bila dah nikah..semua yg haram dibuat sebelum nikah menjadi pahala dan dpt rahmat Allah.. 

"Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya." (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

Tidak ada solusi yg lebih baik utk tangani org yg kemaruk bercinta ini melainkan menasihatinya agar dia menyegerakan pernikahan..

"tiada yg lebih baik antara hubungan lelaki dan perempuan melainkan nikah" (Hadith sahih)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Surat an Nur ayat 32) ..

Dan sekiranya dia berkata tidak mampu,tidak bersedia utk bernikah..maka katakanlah kpdnya.. Al-Quran ada solusi utk masalah tersebut.. perhatikan ayt di bawah ini..

Surat an Nur, ayat 33 menjawab; "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.

apa-apa pun..kembalilah kpd Al-Quran dan Sunnah.. 2 perkara yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w .. wallahu'alam.. 






 tak perlu panggil dengan panggilan VVIP..hilang manisnya..skype mlm sampai pagi tu, buang masa namanya..kita diberi masa 24 jam sehari..masa sebagai pelajar(if student), masa bekerja, masa dengan family, masa dengan kawan2..expecially masa dengan Allah. apabila ada rasa kasih dalam hati maka akan timbul perasaan rindu..itu fitrah,, namun, RINDU ITU BOLEH DIKAWAL. bagaimana? buatlah perkara yang berfaedah, sibukkan diri...tanggungjawab kita yang utama apa? jika dia adalah yang terbaek untuk kita, banyakkanlah doa. hadirnya cinta akan indah apabila cinta itu makin kuat dengan Allah. tapi, andai cinta itu hadir, membuatkan kita makin leka dan jauh dengan Allah. istighfar..fikir2kanlah bersama..
wallahua'lam 

Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE