FIRST SEM FIRST YEAR PHARMACY IIUM
Bismillahirrahmanirrahim
So Alhamdulillah, masa aku tulis, harini hari first cuti semester 1 tahun 1
2016/2017. Pejam celik pejam celik tak sangka dah habis sem 1. Seriously rasa
macam baru semalam daftar ungs harini habis dah. Apa aku rasa? Haaahaha happy
of course, tapi tipulah kalau cakap tak berdebar kan nak tunggu result keluar.
Dengan carry mark yang biasa2 tahap biasa sangat ni mestilah risau tahap tak
tahu. Masih terbayang-bayang lagi saat menggoreng dalam exam hall. Saat cuak
disaat-saat akhir bila sedar waktu tinggal sikit tapi kau ada banyak lagi
soalan belum jawab. Tapi apa pon aku dah cuba yang terbaik, semoga Allah bagi
yang terbaik utk aku. Semoga Allah izinkan aku dapat dean list sem ni dan sem2
akan datang.
Pengalaman masa sem 1 ni sangat banyak. So let me start with
the first day of our second sem at IIUM Kuantan but first sem as real student
pharmacy. Management kata masa ungs kitorang kira tak official lagi. Hari first
daftar tu tak seperti biasa. Sebab selalunya mesti mak ayah akan hantar ke
tempat belajar tu utk hari first. Tapi sebab aku dah ambik ungs masatu kat
sana, barang dah banyak kat sana so naik bas jelah ye anak-anakku. Tak sedih
mana pon sebab major kawan2 aku mmg naik bas jugak. Oh ya, ungs. Nak cerita
pasal ungs dulu lah J
Ungs yang sangat mengejutkan hmmmm. Apa tak nya, ingat lagi
masatu tengah handle tawe gambang for the second time kat sana, as usual sebagai
secretary. Kitorang cuma dapat tahu dengan very short notice hari rabu, hari
jumaat nak kena daftar dah. Dalam masa sama, tawe tak habis lagi. Memang tak de
dalam perancangan aku langsung lah . Tapi lepas bincang2 dengan family, nak
balik Selangor macam rugi sebab kejap je, so kami decide pergi je dulu daftar
ungs berbekalkan apa yang ada. Aku rasa masatu ada baju kurung 3 pasang, Tshirt
dua pasang. Lebih kuranglah . Bantal pulak sebab aku tak larat nak selongkar
stor carik bantal kakak aku, so aku mintak jasa baik kawan aku yang dari rumah
bawakkan bantal. Thanks ikaaaa J
Cakap pasal ungs, sebenarnya aku sangat enjoy belajar subject tu. Ungs ni
basically kita belajar pasal agama tapi macam dalam sikit. Total ada 3 subject
ungs. Yang ungs pasal worldview je yang aku rasa berat sikit sebab nak kena
belajar pasal secularism globalization semua tu. Lecturer aku pulak serious
memang hebat! Dia ada phd of course dan sangat banyak degree. Ada klinik
sendiri dan kata beliau patutnya dia naik jadi mufti Singapore tapi dia taknak.
Dr kedua yang ajar ungs pasal ethics dengan lagi satu tu Dr Aliza. He’s great!
Beliau anak murid Prof Syed Naquib Al-Attas. Sangat humble tapi ilmu dia
masyaAllah sangat hebat. Cumanya orang kata kalau ambik ungs masa short sem
susah sikit nak skor A. Yelah kot rasanya sebab mostly (rasanya semua) tak
dapat 4 flat pon utk subject ni walaupun rasa jawab haritu perform dah.Yang
terer gila pon dapat satu/dua A je. Aku yang biasa-biasa ni dapat a- semua pon
dah bersyukur. Tapi seriously jangan pandang sebelah mata dengan ungs. Yelah
sebab credit hour dia 3 jam setiap subject, so macam kitorang yang ambik short
sem jadi 9 jam . 9 jam bukan sikit tu. Maka habis ungs kami pon puang bercuti
selama seminggu
![]() |
EXAM UNGS LAST PAPER |
Ok masa tawe ni jugak kitorang ada white coat ceremony.
Pebende white coat ni kan? White coat ceremony macam ala-ala majlis utk
kitorang yang baru masuk ni khususnya student pharmacy sebab rasanya kuliyyah
lain tak buat masani. Batch kitorang dinamakan Rx 15 menandakan kami batch yang
ke 15 dekat kop ni. Batch senior atas2 Rx12, Rx13 dan Rx14. Adalah oath dia
kena baca dan sebab aku ada jawatan dalam batch so aku kena mewakili
kawan-kawan untuk baca atas pentas. Habis tawe jadi kami pon mulalah hari-hari
sebagai real students. First week start kelas tu tak busy sangat sebab pergi
kelas pon baru macam taaruf gitu2 je. Masuk lab kenal dengan akak lab, kenal
dengan lecturer gitu2 lah. Tapi lepastu kelas 8-5 lah . Tak 8 pon 9-5 lebih
kuranglah. Tapi ada je minggu2 yang macam kosong sikit, kelas habis pukul 4 ke
macamtu. So okay jelah bagi aku. Kelas nanti akan belajar dekat lecture hall.
Memang setiap batch satu kelas je.Sebesar-besar bangunan Kop tu memang ada 4
kelas je dan selebihnya adalah lab hahaha jangan terkejut. Kalau batch kau ada
200 orang, 200 orang lah dalam tu. At first batch kitorang dekat 120 lah tapi
lepas ada yang pindah medic, ada yang terpaksa ambik medical leave so tinggal
113 orang sahaja.
![]() |
WHITE COAT CEREMONY |
Bila dah degree ni, kuiz pon akan dibuat dekat exam hall.
Basically kop ni ada 2 exam hall. So antara dua tempat tulah akan dibuat kuiz.
First kuiz masatu kuiz physiology. Cuak sangat2 tak tipu lahh kannn. Setiap
kuiz ni biasanya akan bawak carry mark 10% . Banyak kannn, so sepatutnya
mestilah well prepared. Tapi aku taklah perform mana pon kuiz physio macam
orang lain. Memang lemah sikit subject bio2 ni dari sekolah. In fact masa
sekolah pon banyak2 subject, bio je aku tak jadi mentor. Sedih tu haruslah
sebab kita dah prepare sangat2 kan tapi tak dapat apa yang kita harapkan. Lama
jugak nak pujuk hati supaya redha dan bersyukur. Then I met Dr Azra utk tengok
balik apa yang aku salah, dan bila check balik patutlah. Aku macam tertukar2
perkataan dan Dr kata cara aku jawab tu kurang kemas. Sebab aku ni pelik sikit,
explain dulu baru mention key word (jangan tiru ye anak-anak). But then ramai
je yang skor tinggi2 markah 8/10 dan keatas. So kau janganlah fikir kau tak
boleh nak skor, boleh je insyaAllah
Sebagai student pharmacy ni memang tak boleh lari daripada kuiz hampir setiap
minggu. Kadang2 ada dua tiga kuiz setiap minggu yang setiap satunya tu biasanya
ada dalam 6 dan keatas set slide utk dihadam. Sebabnya, setiap kelas yang
selama sejam tu memang akan laju gila belajar. Total slide dalam sejam tu dalam
50 slides, kalau ada yang bawa 30 slides tu macam miracle of the world lah.
Panjang kan! Paling panjang slide pernah dapat 90+ dan yang tu nak baca balik
pon hampir nak fed up.Bayangkan kalau minggu tu ada 3 kuiz. Hahahaha dah
bayangkan? Tapi senior 4th year rileks je hadap 4 kuiz seminggu
huhuhu, diorang ni dah kira immune dah dengan semua benda ni
Masa first sem ni aku join program akar budi dekat bukit
ibam. Akar budi ni macam ala2 program anak angkat lah. Mula-mula rasa macam
takut nak pergi sebab wakil first year dalam 4 orang je yang lain semua senior
da nada kuiz next week nya tu. Aku siap ws senior kot mintak pendapat haha
biasalah newbiesss gitewwww. Tapi Alhamdulillah bersyukur sangat sebab pergi
jugak haritu. Dapat macam2 pengalaman baru dan of course dapat kenal ramai
senior2 yang baik. Lagi2 kitorang dah dekat nak ibg (interbatch game) . So bila
dah kenal senior ni senang lah nak tanya apa2 yang kitorang tak tahu/ nak
mintak tolong apa2. Kuncinya, jadi junior jangan nak sombong atau buat2 tahu
semua benda. Senior mestilah lagi expert.
IBG pulak sebenarnya disamping dapat menyihatkan badan, dia
penting untuk bina ukhuwwah dan bond sesame ahli batch. Masani lah kita akan
turun sorak reramai utk batch kita. Aku terharu sangat dengan kawan2 aku,
sanggup jalan hampir tiap game dari mahallah ke sport com. Ada jugak kawan
kitorang yang ada kereta buat servis penghantaran charge 50 sen sorang. Semua
orang gigih nak pergi jugak sebab nak support batch masing2. I’m proud of them!
Aku tak terkecuali sebab semua benda aku tak reti main kecuali hoki dan
petanque (masatu dah ada org lagi terer main) so aku pon isilah squash. Orang
kampong main squash hahaha
Di samping tu adalah jugak pogram2 lain yang aku join tapi
takkan nak cerita sesatu kat sini kan hehe. So pendekkan cerita masa nak last2
sem dah ada lah Annual Grand Meeting yang mana utk lantik line up IPHA yang
baru. Yang ni pon aku bangga dengan kawan-kawan aku sebab diorang semua hebat!
Hebat sampai tak tahu nak pilih yang mana dan Alhamdulillah semua bersaing secara
sihat. Yang ni nanti2lah aku cerita.
Pergi kelas balik kelas maka study week pon bermula. Oh
yeayh kitorang ada jugak practical exam jugak untuk subject pharmacy practice
betul2 lepas first paper exam, Islamic Input in Pharmacy. Sebelum ni praktikal
3 kali dah, kadang in pair kadang sesorang. Tapi praktikal exam ni memang
sesorang lh kan. Utk praktikal subject ni, setiap orang memang akan ada
compartment dia sendiri yang siap ada penghadang lagi dengan orang lain. Masa
praktikal ni aku dapat soalan kena buat pasal emulsion. Mula2 dah salah kira
dah nasib baik sempat betulkan. Masa praktikal ni kau kena bijak. Selesaikan
apa2 je dulu yang boleh dan kosong masatu. Aku mula-mula lepas kira terus buat
label guna computer sebab tempat menimbang dah penuh dan tempat tu je kosong.
Masa ni sorang je yang dibenarkan ada kat setiap tempat. Yang label ni aku
memang dah praktis masa last praktikal utk buat label guna computer. Tapi kalau
kau tak praktis sebelum tu, dan blur or tak pandai nak guna masatu, aku nasihatkan
tulis tangan jelah. Jangan bazir masa. Masa exam tu ada jugak yang panggil aku
mintak tolong nak tekan mana sebab tulisan dia tak keluar. Baru aku nak
buatkan, tiba kena sound dari belakang. No talking! Cuak betul masatu terus
terdiam. Masa exam ni dalam ¾ kali orang panggil nak mintak tolong dan ajaibnya
tiap kali tu jugak Dr perasan dan tiap kali tu jugak aku kena sound. So lepastu
orang panggil aku dah senyap je. Lepas exam aku minta maaf dan explain kat
diorang kenapa aku buat tak tahu je. Buat emulsion ni memang sangat mencabar
dan tak boleh salah teknik. Kalau tak emulsion kau akan ke laut, samada
cracking, creaming atau pun cacking. So hati-hatilah ye.
Carry mark utk subject pulak memang janganlah berharap nak
dapat awal ye dan janganlah harap setinggi CFS lagi. Kau kena belajar konsep
usaha-doa-tawakal molek. Ajar diri erti redha dan bersyukur. Aku ada carry mark
setinggi 37 ke 38 tah tapi per 40 dan ada jugak serendah 25++. Sedih tu memang
lah sedih tapi kau janganlah cepat sangat give up. Kau kan sekarang dah besar,
so kau kenalah ubah banyak2 mindset tu belajar sebab Allah dan kau belajartu
sebab kau memang nakkan ilmu tu bukan sebab exam je. Apa guna result gempak
gila tapi bila praktikal kelaut. Masa aku sambung type ni aku baru je dapat result
final sem 1. Mungkin tak setinggi orang lain tapi cukuplah untuk buat mak ayah
tersenyum dan at least aku rasa tak sia2 mak ayah perabih duit utk aku.
Alhamdulillah Allah izin bagi deanlist.
Aku mention deanlist bukan nak bangga sebab aku tahu kawan2 aku mesti
ramai yang skor gila2 tapi sebab aku taknak korang down sangat bila carry mark
tak gempak. Kau boleh punya dengan syarat kau pulun habis-habisan lah final tu.
Ohh ye nanti aku share jadual hidup aku waktu final.
Masa first sem ni sebenarnya selain belajar, aku jugak jadi
cikgu tuisyen. Yelah aku banyak nak pakai duit kan, Cuma bila aku jadi cg ni
aku slow sikit online bisnes aku sebab tak mampu nak pecah otak banyak2 nak
fikir tu ini. Tapi aku enjoy mengajar weyh walaupun kadang2 geram pon ada jugak
haha. Antara subject yang aku pernah ajar, kimia, pend Islam, science,
math(ganti org) dan tajweed dalam arab. Aku rasa puas bila dapat sampaikan ilmu
pada org tau. Ala2 saham akhirat gituu. Tapi
di samping busy hal sendiri, aku still join jugak kalau ada program kuliyyah ke
mahallah ke Cuma taklah sebanyak dulu. Antara the best program yang aku join
adalah daurah sirah, akar budi, sembelihan dan escape. Tak tolak program wajib
lah. Tapi tak dinafikan ada jugak yg
duduk bilik je tapi ikutlah korang. Kalau aku, aku join sebab selain aku bosan
dan stress kalau asyik belajar je, aku nak memaknai hidup sebagai seorang
mahasiswa. Come on lah kita dah 20 lebih kot, takkanlah hidup kau setakat
belajar je. Cariklah makna hidup kau yang sebenar. Tapi kalau memang hidup kau
tidur makan belajar je ikut suka kaulah aku malas nak cakap apa2 dah.
Oh lupa nak cerita pasal lecturer. Btw lecturer kat sini
campur2, ada Malaysian adan taka da islam ada yang tak. Kalau Dr kau masuk
kelas cakap good morning everybody tu kau faham2 jelah dia tu non-muslim.
Jangan pulak kau selisih nanti kata assalamualaikum. Kat sini macam2 pangkat
ada, Mdm, Dr, Prof semua ada. Pendek cerita semua lecturer awesome. Cakap pasal
lecturer ni nasihat aku satu je, kalau kau rasa tak boleh nak go on sangat ke
dgn lecture dia atau apa pon tolonglah jangan mengumpat diorang. Kau tau kan
taraf kita si penuntut ilmu ni takkan sama dengan yang memberi ilmu. So try
hard lah ye jangan nak cakap2 buruk pasal mereka. Tak puas hati pon kalau nak
cakap, cakap sekali jelah jangan nak mencanang satu uia kau tak puas hati ke
apa. Bagi aku tu rude. Benda ni Nampak simple tapi selalu org terlepas pandang
adab kita dengan guru. Keberkatan tu penting.
Dan untuk subject pulak, first sem ni paling sikit subject
belajar kiranya. Tengok next post aku lah sebab aku rasa nanti korang annoying
pulak baca post pepanjang kan.
Haa okaylah aku rasa dah banyak dah aku cerita ni. Tak tau
nak cerita apa dah, kalau ada soalan tanya jelah. K sekian cerita aku first sem
first year. last but not least jangan lupa kuasa doa dalam setiap apa yang kita lakukan. Assalamualaikum
Comments
Post a Comment