RESEPI STEAMBOAT SPECIAL

Bismillahirrahmanirrahim
OK actually hari ni nak share resepi STEAMBOAT...hihi
X pro but sekadar berkongsi ape yang saya suke ..;) dan alhamdulillah menjadi kegemaran atuk,nenek,mak ayah pakcik makcik.Nenek sampai suruh buat lagi sebab suka sangat..hahaha..lagi pulak,dekat sini ada kilang yang jual segala jenis macam nugget tu..kilang FUSIPIM.haaa mesti pernah dengar kan?yup jenama yang hangat juga dipasaran..kalau anda beli langsung dari kilang,sekilo cuma  RM13 je..boleh campur2 pulak tu..Tapi saya ambik yang filament la plg byk,,sbb nmpk mahal gitu..ok..baiklah cakap byk tak guna,jom layan resepi ni,diwarisi daripada makcik saya yg serba boleh,Nek Mah


BAHAN-BAHAN UNTUK ISI

Nugget tidak kira jenis
Cendawan macam-macam jenis (saya suka guna inoki,tiram dan white crab)
kepah,kerang dan apa-apa sahaja yang bercengkerang

KUAH SUP

BAHAN-BAHAN
Stok ayam
Halia
Garam
Air rebusan makanan laut (x kiralah udang,sotong,kerang,kepah mentarang DLL)
*tapi udang wajib letak sebab nak rasa manisnye tu..jgn letak gula pulak ye sbb nak manis.. :)..hihi

CARA-CARA
basuh udang dan rebus semuanya bersama halia yang sudh diketuk

*kalau anda meminati kuah tomyam,bolehlah menggunakan kaedah yang sama untuk buat tomyam .Bezanya ialah anda tidak perlu kuah yang pekat,cukup sekadar 'plain' shj rasa tomyamnya kerana kuah yang pekat akan menhilangkan rasa keenakan sambal


OK..next untuk kuah pencicahnye..ni yg spesial sbb tanpa SOS ikan..
Buat yg x tahan bau SOS ikan tu esp..bolehla try sbb resepi ni blja drpd makcik yg mmg bniaga makanan ni.

SOS PENCICAH

BAHAN-BAHAN
10 biji cili besar (bakar untuk aroma)
3 biji cili padi (nak pedas letak lebih)
seiikat daun ketumbar (beli rm 1/rm2 sudah memadai)
1 sudu besar minyak bijan (untuk dapatkan rasa sos yang istimewa)
Perahan limau nipis
Gula
Garam /sos tiram


CARA-CARA
Blend skali semua bhn ni kemudian masak hingga pekat
*minyak bijan jangan terlampau banyak kerana boleh mengakibatkan sos rasa pahit

Sebenarnya resepi ini juga boleh ditambaah dengan sos ikan jika anda suka,namun jangan letak dalam kuantiti yang banyak.Kerana buat yang pertama kali mencuba,anda mungkin akan loya dengan bau sos ini..Jika tiada air limau,bolehlah juga guna sunquick perisa limau.
mudah bukan?kenapa bayar lebih sedangkan anda mampu buat sendiri?
SELAMAT MENCUBA !

Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE