AKU DAN KEMATIAN
Al-Fatihah buat arwah cikgu. Meskipun aku tidak pernah berada dalam kelas yang mana beliau mengajar ,namun kematiannya mengingatkan aku kepada sesuatu. Cikgu meninggal kerana kanser payudara tahap 4.Arwah pakcik juga yang baharu meninggal seminggu lebih sedikit juga meninggal kerana kanser;kanser prostat tahap 4. Saat melawat pakcik di hospital dan di rumah,perasaanku sungguh sayu.Wajahnya berkerut seribu menahan kesakitan.Waktu itu,aku difahamkan beliau sudahpun di cucuk mofin yang mana menurut doktor,itulah ubat tahan sakit yang paling tinggi dosnya. Pada awalnya,isteri arwah iaitu makcikku yang disahkan menghidap ketumbuhan dalam perut,namun disaat-saat akhir di hospital,tiba-tiba pakcikku pengsan di wad isterinya dan disahkan menghidap kanser prostat tahap empat.Isterinya pula disahkan sembuh.Sungguh semuanya kuasa tuhan!Segala-galanya berubah sekelip mata. Kematian mereka menghidupkan.Mungkin bukan untuk semua,tapi untuk aku. Arwah pakcikku pernah mence...