ADA APA DENGAN H.A.T.I ?


Bila berkata soal hati,maka golongan remajalah yang akan terlintas didepan mata.Remaja,remaja dan remaja.Aduhai remaja kusayang!
Bukan mahu menuding semua kepada remaja kerana akupun masih diperingkat remaja,Cuma kebiasaannya remajalah yang paling kerap mengalami penyakit hati,masalah hati,hati gundah,hati remuk blablaba



CINTA ALAT ?CINTA MAKSIAT?CINTA LELAH? ATAU CINTA LILLAH?
Tidaklah selayaknya dan sepatutnya bagi kita yang bergelar muslim,punya pendidikan agama,tahu batas-batas agama tapi cintanya yang pertama bukan bual Ilah kita,Allah swt.
Jarum-jarum syaitan itu licik,dan berbeza mengikut tahap ilmu seseorang.
Kalau dia seorang yang lebih beragama,maka syaitan akan berusaha sedaya upaya menjadikan yang haram nampak halal dengan cara mengislamikkan benda yang sudah jelas salah.
Panggilan I&U jadi ana enta
Istilah couple jadi cinta jannah
Taqdim,uhibbuki,uhibbuka dan sebagainya

Punah remaja punah!

Jika golongan agama yang kita harapkan sudah terjebak dengan benda-benda sebegini maka siapakah yang bakal mewarisi kepimpinan ulama’ di kemudian hari?
Jujur saya katakan,sebenarnya bercinta atau merisik di usia muda bukanlah yang terbaik.Sebab apa?sebab yang utamanya jalan hidup kamu masih panjang.Berapa ramai yang berani jamin dengan saya,bahawa cintanya di alam remaja ini,bebas dari fitnah dan dosa?bebas dari zina hatta zina hati?
Fitrah manusia ingin dikasihi dan mengasihi.Namun,sedar mahupun tidak,perkara inilah yang akan membuatkan anda semua asyik terfikir-fikir,hidup jadi serba tak kena dan asyik mengulang kesalahan yang sama.


Ya betul,wujudnya perasaan bersalah dalam diri kamu itu juga tanda kamu masih punya iman,namun tidak bosankah kamu kerana asyik mengualang kesalahan yang sama?
Buat yang sudah berjanji ,saya nasihatkan,ada baiknya sekarang neutralkan perasaan anda,bebaskan jiwa anda,jadilah kawan dahulu.Katakan pada dia,kalau benar mahukanmu,tunggu hingga kamu sudah bersedia sepenuhnya.Boleh juga kamu tetapkan pada umur berapa2 kalau kamu masih belum punya pilihan hati,maka temuilah wali.

Jadikanlah urusan hati dan cintamu ini terhormat,sukar untuk diperoleh,dan bukan cinta murahan.
Aduhai muslimat madrasah ummah  kelak!
Sedarlah dari alam usiamu yang telah kau sia-sia,
Manfaatkanlah masa mudamu sebaiknya,
Carilah cinta Tuhan dan Rasulnya
Kau masih muda,punya banyak masa,
Usah terus kau bazirkan!
Carilah ilmu,Galilah ilmu sebanyak mungkin,
Mahalkan dirimu,kerana kelak kau akan merasa nikmat Cinta tuhanmu yang patut kau damba.

Cahaya bunga tulip,
5 Januari 2015
2:57 pm,sawah padi


Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE