AKU DAN KEMATIAN


Image result for gambar kubur






Al-Fatihah buat arwah cikgu.
Meskipun aku tidak pernah berada dalam kelas yang mana beliau mengajar ,namun kematiannya mengingatkan aku kepada sesuatu.


Cikgu meninggal kerana kanser payudara tahap 4.Arwah pakcik juga yang baharu meninggal seminggu lebih sedikit juga meninggal kerana kanser;kanser prostat tahap 4.
Saat melawat pakcik di hospital dan di rumah,perasaanku sungguh sayu.Wajahnya berkerut seribu menahan kesakitan.Waktu itu,aku difahamkan beliau sudahpun di cucuk mofin yang mana menurut doktor,itulah ubat tahan sakit yang paling tinggi dosnya.
Pada awalnya,isteri arwah iaitu makcikku yang disahkan menghidap ketumbuhan dalam perut,namun disaat-saat akhir di hospital,tiba-tiba pakcikku pengsan di wad isterinya dan disahkan menghidap kanser prostat tahap empat.Isterinya pula disahkan sembuh.Sungguh semuanya kuasa tuhan!Segala-galanya berubah sekelip mata.
Kematian mereka menghidupkan.Mungkin bukan untuk semua,tapi untuk aku.
Arwah pakcikku pernah menceritakan saat aku melawatnya dahulu ,betapa gembiranya dia kerana ‘waktu kritikal’yang dikhabarkan doktor tinggal beberapa bulan.Andai kata dia berjaya lepas waktu itu,besar kemungkinan beliau akan sembuh.
Tapi,apakan daya manusia,Allah maha mengetahui.


Bagi mereka pesakit kanser,sekurang-kurangnya mereka telah dijanjikan beberapa tempoh waktu atau lebih tepat ,berapa lama lagi mereka dijangka akan hidup.Secara amnya sebagai manusia normal,pasti akan terlintas difikiran bahawa ini sahajalah masa yang boleh mereka gunakan untuk sepenuhnya mengabdikan diri pada pencipta.Tinggal ini sahajalah waktu untuk mereka mempersiapkan bekalan di alam sana.


Tapi ,bagi aku yang sampai saat ini masih sihat walafiat (Alhamdulillah) ,terkadang angkuh berasa seperti akan hidup lebih lama padahal entah esok entah lusa ajal datang menjemput kita.
Pernah aku berborak dengan sahabat baikku sejak sekolah menengah,aku menyatakan hasrat untuk mati segera kerana tidak sanggup lagi hidup dengan dosa.
Jawabnya,”tapi adakah kau yakin bahawa segala dosa yang lepas sudah sempat kau taubat,adakah kau sudah yakin,bekalanmu cukup buat akhirat kelak?”
Terkadang aku malu dengan status diri yang bersekolah agama,bertudung labuh,bergerak bersama dalam gerakan yang memperjuangkan Islam ,namun ibarat fitnah buat semua.



“Wahai orang-orang yang beriman,mengapa tidak kamu kerjakan apa yang telah kamu katakan?”   
                                                                                                                                                            (Assaff;2)



Hati merintih menangis setiap kali terpandang ayat ini.Satu ayat yang sering kali menggentarkan jiwa.Memegang amanah daripada bangku sekolah rendah lagi sehinggalah sekarang sudah pasti menuntut aku untuk sentiasa kehadapan dan tidak lupa untuk sentiasa memberi peringatan.

Jauh di sudut hati sebenarnya  jarang sekali  hati aku tidak menangis saat diminta memberi ‘tazkirah’ ataupun peringatan terutamanya berkaitan hati.Aku tidak sekuat yang disangka,mahupun sesuci yang diduga.
Sungguh rasa malu apabila tanggapan orang terhadapku terlalu tinggi,namun hakikatnya aku bukanlah siapa-siapa melainkan insan penuh noda dan dosa.Allah sungguh baik!Sungguh Allah sungguh baik!Terlalu banyak aibku yang berada dalam lindungan Allah.Sungguh yang alpa itu aku,yang lalai itu aku.



Oh Allah,Oh Tuhan Yang Maha Pencipta,ampunilah aku dan jadikanlah aku hambamu yang sentiasa taat padaMu,Oh Allah terlalu banyak dosaku sehingga kadang aku malu tiap kali bersujud padamu.Sungguh sedikit penyesalan atas dosaku berbanding kemurahan Mu memberi nikmat yang tidak terkira.
Oh Allah ampunilah aku,ampunilah aku.
Allahua’lam.
Cahaya Bunga Tulip     
3 Januari  2015,                                                                                                                                                                 
 8:49 am, Sawah Padi

Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE