Posts

Showing posts from January, 2016

AKU DAN KEMATIAN

Image
Al-Fatihah buat arwah cikgu. Meskipun aku tidak pernah berada dalam kelas yang mana beliau mengajar ,namun kematiannya mengingatkan aku kepada sesuatu. Cikgu meninggal kerana kanser payudara tahap 4.Arwah pakcik juga yang baharu meninggal seminggu lebih sedikit juga meninggal kerana kanser;kanser prostat tahap 4. Saat melawat pakcik di hospital dan di rumah,perasaanku sungguh sayu.Wajahnya berkerut seribu menahan kesakitan.Waktu itu,aku difahamkan beliau sudahpun di cucuk mofin yang mana menurut doktor,itulah ubat tahan sakit yang paling tinggi dosnya. Pada awalnya,isteri arwah iaitu makcikku yang disahkan menghidap ketumbuhan dalam perut,namun disaat-saat akhir di hospital,tiba-tiba pakcikku pengsan di wad isterinya dan disahkan menghidap kanser prostat tahap empat.Isterinya pula disahkan sembuh.Sungguh semuanya kuasa tuhan!Segala-galanya berubah sekelip mata. Kematian mereka menghidupkan.Mungkin bukan untuk semua,tapi untuk aku. Arwah pakcikku pernah mence...

ADA APA DENGAN H.A.T.I ?

Bila berkata soal hati,maka golongan remajalah yang akan terlintas didepan mata.Remaja,remaja dan remaja.Aduhai remaja kusayang! Bukan mahu menuding semua kepada remaja kerana akupun masih diperingkat remaja,Cuma kebiasaannya remajalah yang paling kerap mengalami penyakit hati,masalah hati,hati gundah,hati remuk blablaba CINTA ALAT ?CINTA MAKSIAT?CINTA LELAH? ATAU CINTA LILLAH? Tidaklah selayaknya dan sepatutnya bagi kita yang bergelar muslim,punya pendidikan agama,tahu batas-batas agama tapi cintanya yang pertama bukan bual Ilah kita,Allah swt. Jarum-jarum syaitan itu licik,dan berbeza mengikut tahap ilmu seseorang. Kalau dia seorang yang lebih beragama,maka syaitan akan berusaha sedaya upaya menjadikan yang haram nampak halal dengan cara mengislamikkan benda yang sudah jelas salah. Panggilan I&U jadi ana enta Istilah couple jadi cinta jannah Taqdim,uhibbuki,uhibbuka dan sebagainya Punah remaja punah! Jika golongan agama yang kita harapkan sudah te...