FIRST SEM FIRST YEAR (subjects review)

Image result for gambar org study pharmacy




So basically post ni aku kan cerita pasal subject2 yang kitorang belajar masa first sem. Btw aku nak cakap aku taklah rajin mana tapi kenapa aku nak tulis semua benda ni adalah sebab masa aku macam korang dulu aku selalu google nak carik pengalaman senior tapi end up aku akan jumpa blog yang dah lama gila. So moga2 apa aku tulis ni dapat bagi gambaran sikit kat korang pasal life dekat sini. Ok taknak membebel lagi meh lah nak cerita pasal subject2 ni

1)      Introduction to anatomy and histology : subject ni kau kena hafal part2 badan lah, otak ada berapa bahagian macam temporal,frontal, occipital. Kat liver kau ada berapa ligament; round , falciform macamtulah. Dia belajar structure badan yang kau boleh tengok dengan mata kasar(gross anatomy) dan jugak belajar pasal sel dekat situ(histology). Ni antara subject fav aku sebab aku boleh nampak benda tu dengan mata aku, yelah aku ni visual punya orang. Untuk kuiz dia ada dua je, so maknanya satu kuiz 20% markah dia. Banyak kan hahahaha. Final nanti ada jugak OSPE iaitu kau akan diuji dengan 10 station dan setiap station ada masa 2 minit. Setiap station ada soalan pasal gross and histo, samada dia bagi kita organ then soalan blablabla atau bagi microscope then soalan pasal cell yang ada kat situ. Masa final aku haritu bagi aku okay lah soalan dia senang Alhamdulillah tapi tak dapat jugak A solid hahaha. Bukan rezeki mungkin. Aku rasa aku slack kat OSPE sebab aku gelabah. So nasihat aku kau tenang okay.

2)      Basic Physiology : Subject ni belajar pasal system dalam badan. Belajar proses. Aku lemah sikit benda2 macamni sebab aku tak nampak. Tapi lecturer serious awesome! Salah sorang lecturer kitorang ni dia ada buat buku lagi. Walaupun agak mahal RM80 tapi aku beli jugak sebab buku t upon awesome dan sangat bermanfaat.Subject ni 3 kali kuiz, setiap satu 10% dan lagi 10% ambik dari 2 lab report setiap satu 5%. Aku sebenarnya cuak subject ni sebab carrymark aku paling rendah yang ni, soalan final pulak hmmmmmm menguji betul. Dan paling aku cuak, adalah sebab aku golongan minority (aku rasa tak sampai 3 orang) yang jawab soalan essay prof. Lagi cuak sebab aku rasa aku tersalah jawab. Tapi syukur, walau tak dapat  A tapi masih dalam gred yang okay, paling penting tak fail.

3)      Physical Pharmacy 1:Aku suka jugak subject ni. Basically dia belajar pasal  physical chemistry. Carry mark aku slack dekat lab report sebab kitorang ni lurus bendul sikit pergi ikut sebijik buku. Ada lah certain thing yang kami tak ingat nak letak dalam report. Tapi apa pon syukur Alhamdulillah. Subject ni 4 kali kuiz patutnya dan setiap satu 5%. Lagi 20% akan ambik dari 4 lab report.

4)      Pharmacy Practice: Subject ni pulak adalah subject yang akan mendedahkan korang dekat bidang pharmacy ni dengan lebih mendalam. Masa nilah korang akan belajar buat ubat sikit2, belajar cara tulis label, belajar bidang2 dalam pharmacy lah senang cakap.

Haa nantilah sambung k bye ada satu je lagi subject tak sentuh.


Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE