SECOND SEM FIRST YEAR (subjects review)



Image result for rx15iium pharmacy






So this is my last sem as first year Student. Alhamdulillah a’la kullihal
For sure this sem lagi tough drpd first sem. Masa second sem ni, uia dah mula tukar system. Daripada system 40%(CM) kepada 60%(CM). 60% CM ni kat batch kami, dia tambahkan assignment, coursework etc tau tapi kuiz still sama  banyak. Tu yang nak nangis sikit tu
So this sem antara subjek yg kami ambil ialah:

1)      PHARMACEUTICAL ANALYSIS
Subject ni memula rasa bosan, Tapi lama2 I enjoy this subject so much! Esp part lab walaupun ada sekali tu kena provoke teruk dengan Dr A pasal bubble. Serius kami clueless bila dr Tanya what happen bila bubbe turun naik etc and ada sekali lab tu tumpah kami punya material masa dr goncang sebab tak rapat. My bad huhu. Subjek paling besar markah lab dia. Each lab carries 12.5% tau so mmg kena buat bebetul. Final dia insyaAllah boleh dijawab lagi, so yeayh no much worries okay adik-adik  J

2)      MICROBIOLOGY
Mula2 rasa susah sgt sebab dah dimomokkan bhw subjek ni susah. Tapi sebab lecturer kami; Dr Aisyah, Dr Syiqin n Dr izzat were so nice finally I fell in love with this subject. Dr Aisyah ni a great microbiologist tau adan beliau banyak sgt pengalaman dgn all the microbs. Kalau tutorial Dr izzat pulak usually akan ada habuan. Alhamdulillah I managed to get both ‘prizes’ iaitu cupcake and paplova, yeayyyyyy. Selain a great lecturer, he’s also a great baker! Walaupun dapat gred yang tersasar daripada target, tapi still this is one of my fav subjects.

3)      ORGANIC CHEM
Trust me dr sangatlah baik. Dr Qamar comel sangat bila cerita pasal family dia sebagai selingan masa mengajar. Dr genius tau, masa dia student dia selalu dapat full mark markah tst organic dia. Lecturer yg sangat gigih nak bantu student dia. Masan i we’re the first batch yang ada viva, iaitu oral test pasal semua tajuk organic chem. Masa ni kami dibahagikan kepada 4 kaunter yang berlainan Dr jaga. Macam OSPE, we have to rotate all stations. Anggaran masa dalam 5 minit. So each Dr akan tanya soalan berkenaan apa yang dia dah ajar dalam kelas. Scarynya allah je yang tahu. Kalau jenis kalut macam aku ni memang cuak gila lah esp bila org provoke. Entahlah aku cepat blur sebenarnya bila org keep pushing and provoking, rasa terus lost. But afterall, ramai je dapat markah tinggi, aku? Alhamdulillah bersyukur seadanya

4)      PHARMACOLOGY
Ahaaa say hi to this beloved subject. Subject ni menarik je, tapi entahlah kenapa macam susah sngt nak skor. Kalau kuiz orang dapat markah 3,4,5 per 10 tu normal dah. Basically subject ni crucial sgt lah sebagai seorang farmasis, so patut faham molek. Aku faham, Cuma bila exam blur nk jawab apa hahaha masalah kan. Ni antara killer subject yang mesti ada org repeat mengikut cerita senior2. So lulus pon orang dah sujud syukur. Tapi tak salah pon repeat paper. You know what? Taka da yang tak pandai pon kat KOP tu, Cuma mungkin Allah nak uji seseorang tu. So, amaran: jangan pandang rendah pada orang lain

5)      BIOCHEMISTRY
Dr May sangat awesome!Idola tau. Subject ni banyak kena hafal system and process. Yeayh benda yang aku lemah sangat. And infact, aku rasa macam nak nangis jawab final haritu. Sebab my weakness, I cant remember banyak sangat process yang tak nampak. Dulu bio kat sekolah pon sama macamni. Just do my best, and Allah do the rest. Alhamdulillah a’la kullihal wa nikmah.Nasihat aku, cepat2 fahamkan dan Tanya ecturer kalau tak dapat dalam kelas.

6)      BAHSA MELAYU DAN KERJAYA
Well, nilah antara subject yang aku suka hahaha. Otak bahasa mmg lebih sikit aku rsa dalam diri aku. Untuk subject ni, kami pecah kepada 4 section. Oleh sebab aku nak kelas hari isnin dan rabu jugak, dan section yang lagi satu dah penuh, maka masuklah aku ke dalam kelas Cikgu Popo yang mana Cuma ada 6 orang flowers. Alah tapi belajar jelah. Cikgu Popo ni hebat tau, macam2 jawatan dia pernh pegang dan pengalaman dia pon banyak. Walaupun org kata susah nakdapat markah bila dengan cikgu, tapi boleh tak nak bangga kejap sebab aku dapat kurang 1 markah je drpf full mark masa midterm. Tapi final tak dapat A jugak sebab soalan dia ya rabbi banyak yakmat dan aku punya weakness lagi satu adalah aku menulis lambat. Tapi tak apalah, bukan rezeki aku mungkin, apapon Alhamdulillah.

Tu jelah kot yang penting utk sem ni. Sesungguhnya aku bukanlah insan yang bijak dan pantas sebenarnya utk menceritakan tentang hidup di sem ini. Dengan result biasa2 sangat sem ni, Cuma boleh cakap, cuba lagi sem depan. Walaupun subjet tu aku suka pon susah nak skor sem ni, tapi tak apalah bersyukur sebanyak-banyaknya.

Nasihat aku, cintailah subject yang anda belajar. Result tu memang penting jugak, tapi penting jugak utk kita faham dan dapat amalkan apa kita belajar. Paling penting buat dengan jujur, ikhlas dan lillahi ta’ala.


But still, ramai je aku rasa top scorer batch aku yg dapat dean’s list. Congratz kawan2, I’m happy for all of you. Yang lain, takpe kita cuba lagi okayyy J

Comments

Popular posts from this blog

CFS IIUM GAMBANG CAMPUS

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE