Posts

Showing posts from 2017

BISKUT BUTTER AJUWAWA'S STYLE

Image
BUTTER COOKIES AJUWAWA'S STYLE Bismillah, so ni adalah entry ketiga gue utk ini hari. Kelihatannya gue udah kecapekan mahu menulis tapi kugagahkan jua demi sehelai resepi dalam buku resepi gue yang mahu diabadikan di sini utk manfaat bersama. Aduhhh, udah kayak urang indon saja yaaa Baiklah, kita kembali kepada negara asal. Basically, rasa biskut butter aka biskut mentega ni seingatnya diinspirasikan daripada blog kak azie kitchen, namun telah diubah sedikit daripada resepi asal. Biskut ini sangatlah rangup krup krap tapi taklah macam kerepek. Rasanya mewah dengan butter, lemak2 berkrim gitu. Sesuai jugak dimakan utk sarapan ringkas waktu pagi, celup air teh/milo . Mengikut pemerhatian, golongan kanak-kanak adalah antara yang paling meminati biskur ini Jadi kepada yang tercari-cari makanan sesuai utk anak-anak anda boleh dicuba resepi ini ya. Sangat enak dan yang penting ianya mudah disediakan! BAHAN-BAHAN 250g butter 85g gula icing 140g tepung gandum 1/4 sk baking ...

KEREPEK BROWNIES AJUWAWA'S STYLE

Image
Kerepek brownies ni mula mencetuskan fenomena sejak tahun lepas. Basically boleh je guna mana-mana resepi bronis pahtu kau leper2 kan atas tray sehingga ia nipis dan bila dibakar menjadi kerepek. Macam sebelum ni, resepi yg aku nak share ni adalah diinspirasikan drpd resepi org lain iaitu kalini cg Azlina Ina yang hebat tapi telah diubahsuai yang mana aku guna untuk jual dan yg sesuai dengan harga barang semasa tak lupa rasa anak tekak. Harga barang dia tak lah mahal sgt since satu adunan boleh dapat 4 tray kebiasaannya Cakap panjang pon silalah ada org nak baca kan haha so silalah salin resepi dan tips2 daripada newbies ini BAHAN-BAHAN A 100g butter 250g dark compound B 150g tepung gandum 1sk baking powder 1/2 sb tepung beras C 2 biji telur 1/2 cawan gula perang 1sk esen vanilla CARA-CARA 1) Double boil bahan A. Pastikan air dipanaskan dulu baru ketak bekas yg berisi cekelat dan butter. Selalunya aku guna jenama beryl's 2) Whisk kan kese...

BANGKIT CHEESE AJUWAWA'S STYLE

Image
TANGGA PERTAMA: BANGKIT CHEESE Biskut ni merupakan biskut yg menduduki carta tempahan tertinggi setakat ni selepas kerepek brownies. Rasanya amat enak sekali, dengan penuh rasa lemak rapuh dan cair dimulut pasti membuatkan anda tak puas jika makan hanya sebiji. Walllahhh nyum nyum! Pembuatan biskut ni agak renyah aku boleh kata. Sebab ada lah jgk dua tiga kali aku buat tak jadi. So berbekalkan pengalaman yang ada aku akan share jugak tips2 nak menghasilkan biskut yang terbaikkkk Sebelum tu, salin dulu resepi ni ye BAHAN-BAHAN 250g butter 170g gula icing 2 biji telur kuning 250g tepung ubi 215g tepung jagung 70g keju cheddar 1/2 st baking powder Sedikit taburan keju cincang CARA-CARA 1) Sangar/sangan/sangai tepung ubi selama 10 minit (masak atas api tanpa minyak) atau sehingga warna tepung bertukar daripada putih kepada bukan putih, dia perang sikit jaaa. Pastikan api kecil, dan rajin-rajinlah sentiasa kaup balik tepung tu utk elakkan dia hangus. 2) Pukul butter...

PROJEK CUTI SEM

Image
Alhamdulillah kali ni merupakan cuti sem terpanjang utk aku selepas SPM dulu (tu pon tak berapa panjang sebab kena pi PLKN ). Masa cfs patut ada cuti 3 bulan tapi kitorang kena amek shortsem lab, n patut ada lagi bfre degree tapi kena ambik ungs. Nasib lah.. Okay, so memandangkan permintaan anak gadis mak ayah ni nak bekerja ke luar agak kurang diperkenankan di tambah pula dgn cuma sekeping lesen motor yg ada, maka ligatlah otak mula memikirkan apa yang boleh dibuat dirumah utk menjana pendapatan. Mula2 memang kurang keyakinan nak menjual biskut sendiri ni, tapi rezeki Tuhan, belum sempat nak open order dah ada saudara mara yg nak order sebab dgr aku cuti dan dorang kata biskut aku buat sedap *perasan* Jadi hari ni aku berbesar hatilah nak share pada semua resepi yang aku dah olah, lalu proses rnd semua utk menghasilkan produk yg aku rasa puas hati dan boleh dijual di samping sesuai dgn harga. Satgi boleh jenguk di entri2 aku yg berikutnya Yang gambar bawah ni sebab ni boleh ...

SECOND SEM FIRST YEAR (subjects review)

Image
So this is my last sem as first year Student. Alhamdulillah a’la kullihal For sure this sem lagi tough drpd first sem. Masa second sem ni, uia dah mula tukar system. Daripada system 40%(CM) kepada 60%(CM). 60% CM ni kat batch kami, dia tambahkan assignment, coursework etc tau tapi kuiz still sama  banyak. Tu yang nak nangis sikit tu So this sem antara subjek yg kami ambil ialah: 1)       PHARMACEUTICAL ANALYSIS Subject ni memula rasa bosan, Tapi lama2 I enjoy this subject so much! Esp part lab walaupun ada sekali tu kena provoke teruk dengan Dr A pasal bubble. Serius kami clueless bila dr Tanya what happen bila bubbe turun naik etc and ada sekali lab tu tumpah kami punya material masa dr goncang sebab tak rapat. My bad huhu. Subjek paling besar markah lab dia. Each lab carries 12.5% tau so mmg kena buat bebetul. Final dia insyaAllah boleh dijawab lagi, so yeayh no much worries okay adik-adik  J 2)   ...

FIRST SEM FIRST YEAR (subjects review)

Image
So basically post ni aku kan cerita pasal subject2 yang kitorang belajar masa first sem. Btw aku nak cakap aku taklah rajin mana tapi kenapa aku nak tulis semua benda ni adalah sebab masa aku macam korang dulu aku selalu google nak carik pengalaman senior tapi end up aku akan jumpa blog yang dah lama gila. So moga2 apa aku tulis ni dapat bagi gambaran sikit kat korang pasal life dekat sini. Ok taknak membebel lagi meh lah nak cerita pasal subject2 ni 1)       Introduction to anatomy and histology : subject ni kau kena hafal part2 badan lah, otak ada berapa bahagian macam temporal,frontal, occipital. Kat liver kau ada berapa ligament; round , falciform macamtulah. Dia belajar structure badan yang kau boleh tengok dengan mata kasar(gross anatomy) dan jugak belajar pasal sel dekat situ(histology). Ni antara subject fav aku sebab aku boleh nampak benda tu dengan mata aku, yelah aku ni visual punya orang. Untuk kuiz dia ada dua je, so maknanya satu ...

FIRST SEM FIRST YEAR PHARMACY IIUM

Image
Bismillahirrahmanirrahim So Alhamdulillah, masa aku tulis, harini hari first cuti semester 1 tahun 1 2016/2017. Pejam celik pejam celik tak sangka dah habis sem 1. Seriously rasa macam baru semalam daftar ungs harini habis dah. Apa aku rasa? Haaahaha happy of course, tapi tipulah kalau cakap tak berdebar kan nak tunggu result keluar. Dengan carry mark yang biasa2 tahap biasa sangat ni mestilah risau tahap tak tahu. Masih terbayang-bayang lagi saat menggoreng dalam exam hall. Saat cuak disaat-saat akhir bila sedar waktu tinggal sikit tapi kau ada banyak lagi soalan belum jawab. Tapi apa pon aku dah cuba yang terbaik, semoga Allah bagi yang terbaik utk aku. Semoga Allah izinkan aku dapat dean list sem ni dan sem2 akan datang. Pengalaman masa sem 1 ni sangat banyak. So let me start with the first day of our second sem at IIUM Kuantan but first sem as real student pharmacy. Management kata masa ungs kitorang kira tak official lagi. Hari first daftar tu tak seperti biasa. Sebab sel...